Jumaat, 9 April 2010

Because He's Man

Because He's Man

jarang perempuan mempersoalkan tentang lelaki..lagi2 bile bercakap mengenai hati dan perasaan insan yang bername lelaki.. sebab kebanyakkan lelaki tu sendiri dengan egonye xnak mengaku perasaan yang bermain kat fikiran dorang. jadi kebanyakkan lelaki akan pendam @ sengaja xnak menunjukkan sikap dorang secara langsung depan perempuan yang dorang suka..


dan ramai pulak pompuan tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. sebab tu dorang kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku. (so ape nak buat sendiri merajuk sendiri pujuk la)


ape yang kite sebagai pompuan ni perlu tahu tentang lelaki??


  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). kadang2 kite sendiri xperasan baju ape yang kite pakai keluar same2 minggu lepas (dorang boleh ingat pulak!! oh dem.. jatuh saham~~)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. (xperlulah nak makeup tebal2 sangat kalau jumpe.. pakaian xsemestinye seksi.. cume ala kadar, simple dan kemas.. cari la persamaan dalam diri seorang lelaki tu.. nescaya banyak mende yang korang dpt kongsi)

  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. (lagipon pompuan ni die suke sangat bercakap sebaliknye.. bile lelaki nak belikan barang yang kite suke dan harganye mahal kite akan cakap "xpela sy x suka pon mende tu sangat".. padahal dalam hati kate laen)..
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. (lelaki x suke bile ditengking @ diherdik... sape2 pon x suke.. jadi bile nak menolak ajakkan lelaki ni kene la berhemah.. nyatakan alasan yang logik dan munasabah.. tp kalau selalu menolak tu buatkan ego lelaki tercabar)
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. (jangan cube2 bandingkan lelaki ni dengan lelaki lain.. lelaki akan cube sedaya upaya menunjukkan gentlemen dorang pd kite.. cume kadang2 pompuan mmg xrase "kegentlemen" tu.. mungkin x cukup gentlemen @ lelaki mmg xreti nak menzahirkan kelakian dorang secara terbuka.. (tiade kene mengena cite atas katil)
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. (biase la perkara camni.. tp kite sebagai pompuan kene relax je as long as dorang cuci mate & x lebey2. sebab xsemua pompuan ade body 36 26 36...lagipon mmg pompuan baywatch tu nak belanja para lelaki nih.. pompuan pon leh cuci mata ngan menonton drama korean yang lelakinye xbleh blah tahap kehenseman terlampau T____T Lee Min Ho.. i fall in love with u 26x)


  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama! (walaupon nampak cam cool dan gentlemen tp ati dorang berdebar2 cam boom nak meletop lg2 bile tunggu jawapan dari perempuan tu)


  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


  • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. (so paham2 la kalau die da ckp mcm tu)


  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. (tapi lelaki ni mmg xramai yang "direct to the point" nye membahagiakan hati wanita.. dorang lebih kepada mengutuk )
  • Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!


  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. (same je pompuan pon nek jelek bile dengar name pompuan laen je yg slalu meniti dibibir lelaki)

  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.


  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:) (tapi perempuan manakah yang sanggup berdamping ngan playboy dengan perasaan setia?? arini mungkin die dengan kite sok luse ngan pompuan laen plak.. lgpon kite x tau yang istimewa tu kite ke pompuan laen)

  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (oh dem!! ini da berpihak kepada lelaki~~ tp kadang2 lelaki mmg sengaja melihat dada pompuan dengan pandangan bernafsu.. nasib la kepada yang mmg suke belanja lelaki free show ni)

  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. (so lihat saje pd penampilan mereka yang putus cinta ni.. nak tahu dorang sedih fizikalnye berubah samada makin kurus @ makin gemok)

  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d (biasenye walaupon lelaki x menzahirkan perbuatannye secara terang2 tapi chemistry feeling dorang tu biasenye dapat dihidu melalui pandangan mata, cara percakapan mahupon perbuatan dorang bile bersame kite)
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (sooo weak dan x gentle!!!)
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. (tapi kalau asik nanges je pon xjadi jugak.. sikit2 hal pon menanges air mata jadi x laku)

So ingat la.. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

0 ulasan: