Khamis, 8 April 2010

Lunar & Aurora in Human Life

tetibe aku menjadi rajin nak berbloger.. yela walaupon selame ni banyak mase lapang aku terhabis begitu saje dengan membace komik dari mengupdate blog aku tp arini aku cube menjadi blogger dan blog walker lak..


da puas melawat blog2 org lain disamping follow blog yang aku rase mcm best aku terjumpe artikel yg menarik yg sedikit sebanyak membantu aku untuk fix lifestyle aku yg hampeh nih.. so aku nak kongsi dengan kawan2 (mahupon blog walker yg rajin berjalan tu)..

terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kat http://afexq.blogspot.com/2010/03/rahsia-solat-awal-waktu.html

mende ni 100% aku copy dr blogger tu.. cume tambah gamba supaya cantik sket.. xde niat nak mencuri hasil keje org lain cume nak berkongsi je..


Waktu Subuh




Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Waktu Zuhur



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak




Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


so harap info ni berguna untuk diri aku dan orang lain lalala~~


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Aku dan Online Game

siape diri aku sekarang?

hmm.. tak tahu la. "cuti panjang" aka menanam anggur ni membuatkan ari2 yang berlalu same je.. sebelom2 ni ade byk gak tawaran keje yg aku tolak.. mane x nye baru je abes blaja 2 minggu da ade org panggil interview (i.v)..

dan aku masih menolak kebanyakkan tawaran keje yang dtg sehingga hari ini... penah satu ari tu time aku drive nak balik kampong member aku call.. suh dtg interview jd lecturer chemistry untuk student A-Level. dek kerna urgent yg die kate aku terima je.. x dpt pk panjang... tp aku xtendkan date utk i.v tu.. (sebenarnye memberi mase untuk aku membuat preparation dan memikirkan job tersebut.. tetibe lak nak ngajar mende yg bukan major aku sure la byk preparation) in d end aku tetap tolak =.=!!!


sebenarnye aku xpasti ape yang akan berlaku bile aku start keje nnt.. yela tarikh perkahwinan aku xjau je lg.. banyak mende xsetel.. xkan la baru je keje 2 minggu da nak minta cuti.. pastu cuti dan cuti lagi..so aku stop thinkin about seeking any job dlm mase terdekat ni.. aku tau ade rezeki yang Allah reserved untuk aku.. kalau x skrg mungkin sok luse (lgpon ramai yg menghalang aku nak keje walaupon cakap sukati aku la nak macam mane)



bile da duk umah saje ni aku xtau nak buat ape.. memandangkan duit pon xde jd rutin harian aku pon jd terhad.. dan aku jd cepat lapa.. aku pon xpasti kenapa tp aku masih kurus jugak.. nak mengemas rumah (ade keinginan tp xcukup kuat).. last2 aku kembali ke rutin idup zaman student dlu.. aku tido lambat dan bangun lambat (cam xcaye je aku nak kawen!!!) aku pon xtau cane nak buat aku masih lg tido pas subuh (sebab mind aku da set camtu).. walaupon aku anta adek aku g skul tp balik umah aku kompom tido jugak.. (sape nak bg motivasi kat aku ni?aku xde komitmen jd aku xleh nak kasi komitmen) rutin idup da jd flat...kadang2 malu gak kat mak aku~~ tp malu tu tetap xmengubah rutin idup aku nih..


dan akhirnye aku kembali ke hobi lame...... ONLINE GAME!!!

sebenarnye sebelom2 ni bile aku on game tu aku da xde hati nak main.. tetibe je minat tu kembali.. lg2 lepas aku jual furious boot yg berharge hampir rm1000... (dpt jual dlm rm600 je sebab market da turun).. so sebab duit dlm game da banyak xpayah nak topup2 dan harap2 aku xkan topup langsung untuk game tuh lg (walaupon xsegile org lain yang spend lebih rm70 000 tp aku da spend dekat rm2500 gak untuk game tu T___T)...

(kenapa aku masih kembali ke game tu walaupon da quit dan ramai yg da quit??).. aku rase tu la life aku.. walaupon aku menghabiskan mase dengan komik2, tv, last2 aku tetap kembali ke online game gak.. sebab bile dlm game aku ade kwn2 yg spend mase bersame2.. walaupon aku bukan sesiape tp orang masih cari aku nak penuhkan team farm duit... dan dek kerna aku xnak topup lg terpaksa la aku cari duit dlm game... tp sebab online game ni aku da xlapa lg... bile x lapa aku bole puase.. jd mudah aku ganti puase2 aku yg tertangguh tu..


aku xtau la online game ni bahana atau hobi.. pape pon aku tetap x menjadi extremist online game.. aku masih ade realife walaupon rutin idup aku flat.. cume skrg aku kene fix rutin idup aku supaya sejajar dengan kehidupan sebenar... reality tetap reality.. yang fana tu hanye sementara.. lagipon mungkin cubizone akan jatuh bankrup xlame lagi sebab asik tambah koleksi junk online game yg x membawa keuntungan..dan Perfect World mungkin hanye tinggal sejarah je...







Set Fash ni je da abes Rm50 T____T aku xkan tuka fash lg



Khamis, 4 Mac 2010

2 Months 3 Weeks & 3 Days b4...

tempoh pertunangan


sepanjang bertunang ni xde la banyak sangat halangan dan dugaan untuk aku ngan adib.. stakat gaduh2 manja tu biasela.. da kenal hati budi masing2 so xde byk perubahan pon dr segi emosi, kasih sayang dan etc la.. ingatkan mmg xde dugaan langsung tp sebenarnye dugaan yang kuat datang dr family masing2.. both side ade contrast die.. xdinafikan my daddy yang mcm pilih bulu dengan layanan terhadap family bakal mentua aku.. (sian sangat kat adib.. minta maaf.. i hope it could be better soon.. n hope awk x amek ati sangat walaupon tau awk n family terasa ngan perangai abah sy--- mmg x dpt ubah tu..) becoz of dat perangai bakal mentua pon berubah sikit.. dont judge me bcz of my daddy.. T____T aku cepat terasa semenjak 2 menjak ni.. dan xsuke sangat bile 2-2 pihak ni bercakap mende yg xbaik tentang adib.. xkesah la hal pastence ke akan datang ke.. i noe him better than anyone else!!! dan jangan nak susahkan adib.. he noe wat he doing n i'll support him as long as i noe he can handle it. (dengan perasaan geram nih!!!) memang dugaan nak satukan 2 family nih.. semoga bertabahan


Preparation...


stakat ni preparation untuk hantaran kawen 80% da bli.. 13 dulang hantaran bukan sikit.. tp thx kat adib sebab die byk sponsor bli brg hantaran.. T___T memandangkan aku mmg sedang dan tengah miskin skrg nih...


tgh pikir nak blikan adib cincin ape ek.. suasa ke platinum.. (mane yg paling mampu??) kene korek duit dlm asb yg xberape nak byk tuh..(lagipon aku kan tengah tanam anggur nih.. baru abes practical.. duit yg ade balance biasiswa MARA dulu je..)


set bilik tido da bli dengan bantuan mak & za... huhu dpt gak katil idaman yg ade tiang seri tu.. walaupon mak ngan za decide nak amek katil jati tp aku xmampu nak kua duit berlebih2an.. so bli je solid oak set bedroom yg same arge ngan sebuah katil jati bertiang seri...


kad masih xdesign lagi sebab ade miscomunication ngan my daddy ┌┐┐(◣_◢)┌┐┐ geram gak.. kejap nak wat kat umah.. kejap kat dewan.. in d end tinggal dewan kecik je.. tu la lambat lg book.. igt die PM ke nak diberi priority..


mak andam da tempah untuk pihak pompuan je.. tp x wat comformation nak wat kat dewan.. haiz.. pening pale..


barang untuk tetamu stakat ni bli beg untuk 1000 org je.. (tetamu pon berubah2 jumlah nak dijemput.. alahai majlisku) kebanyakkan isi dlm beg adalah ditaja.. skrg kene kua duit untuk souvenir je.. masih tgh pk nak bli souvenir ape


photografer.. masih xtau nak cari mane photografer yg betul2 creative.. da tinggal 2 bulan je nih


Preparation Diri Sendiri


mostly preparation untuk diri sendiri mmg xsiap pape lg.. (rasenye adib langsung xwat preparation pape..)


Stakat ni belom amek kursus kahwin lagi ("ape!!! belom kursus lg??".. normal reaction n expression people bile tanye aku da amek kursus kawen ke lom.. relax la ujung minggu ni da book nak pegi kursus..)


baju nikah dan sanding - da lame tempah.. but both ade prob dengan kain, baju da ok cantik.. kain lak mcm asal boleh.. sume x menepati cite rase.. bukan cerewet tp kalau da nampak sangat cacat celanye kene la complain.. bukan bayar mura..


medical checkup-pon x buat lagi.. pergi pas amek kursus kawen nnt..


scaling teeth, spa, facial etc sume xwat lg...


persiapan dalaman pon xde perkembangan.. ilmu agama yang ibarat idup segan mati xmau je.. xwat preparation nak jadi isteri org.. dlm pikiran nak mengurangkan dosa membuat maksiat.. mungkin keinsafan dlm diri akan perlahan2 datang sebab Allah Maha Menyayangi hamba2Nya.. bukan stakat tunggu je.. kesedaran tu ade mungkin mase je x yang sesuai.. sebab selagi bercouple selagi tu la akan terus2an berbuat maksiat samada sedar @ x.. so wedding gimme brighter chance to change.. (Hopefully)


da xde semangat nak wat wedding preparation but times not waiting n always pass by.. am i jz dunno how to plan it well?? i wish i could but really dun have money.. i'm broke broke broke got no money in my pocket.. how will people understand dat... mesti org kate apesal gatal sgt nak berlaki da tau xdok duit.. people wont understand.. its been 10 years and 3 months aldy me and adib.. xboleh nak tunggu lame lagi sebab da cukup lame da nih..




When I first saw the dazzling you. That’s when everything changed

12 weeks Attachment MMC (Acknowledgement)

Tribute to em even i noe they wont read.. hahaha

firstly thx to All MMC Food and Beverages department workers from managers until general workers whose spend out their precious time to guide me step by step until completing all the task and job given to me to understand better in food service operation. Big thank for their guidance, advice, patience and endless support. Special thanks to my family for their love, support and encouragement. Not forgetting to my friends for their valuable help and corporation in helping me from beginning of my internship until last day of submission report. Thank you.





just a short view on CNY

dis is on CNY.. sebenarnye time ni teringin nak mkn sizzling mee yg ade kat Pumpkin House.. unfortunately.. kedai tu tutup lak.. alang2 da parking berdekatan dengan barneys' cafe.. so just makan je kat sini.. (tp gamba2 yang di tangkap sume mcm x hepi je.. nape ye?? hahaha)

makanan yg diorder ialah chokolate milk shake (gamba bawah ni)..mavellous.. tp xsame mcm 1st2 dtg sini.. agaknye tukang buat air die da tuka kot
chicken chop.. (xla sedap sgt)..
BBQ chicken grill.. ok la kot..



dengan milo float (kecewa dengan rasenye.. mmg xleh lawan milo float kat Rafi Bistro)










Rabu, 9 Disember 2009

heavy wind day

salam semua kenalan mahupon teman2 blogger..
jutaan ampon maap kepada 2 ekor penyu aku yang sudah lame xdiberi makan..
sorilah xsempat nak melawat blog nih (hampir2 saje lupe kewujudan blog ni)
da agak lame aku xmenulis.. lepas raye ritu.. kunun2nye plan cuti semester nak menjadi blogger yang terupdated skali adalah tinggal kehampehan sahaje.. 1 cite pon tiade aku postkan sungguh haru skali..
tiba2 aku teringat pada blog ini.. ape kabar ye kawan2 blogger.. mesti da jemu menunggu aku menulis @ mereka tiade kekesahan pon pada blog ni.. (aku je yang sangat perasan)..
banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang aku hidup selepas raye..dan semuanye (83% adalah nasib malang yang tiade terhingga).. paling aku xdapat lupekan kisah final projek.. sungguh terkecewa skali.. akhirnye ia tetap terjadi begini.. disaat aku mengambil result pekse.. ade 4 subject semua skali.. semua A kecuali final projek.. silapnye bile aku telah pulang ke kampong halaman pada cuti semester.. 2 hari sebelum itu aku telah berjumpe dengan supervisor aku untuk bertanyekan perihal draft thesis..
saat aku berjumpe dengannye pada hari isnin secara xsengaja di bilik lecturer department lain. aku bertanyekan perihal draft tesis yang telah aku hantar kira2 seminggu sebelom raye.. tiba2 die marah cakap kat aku yang die dah lame letak kat pigeon hole die. aku je yg xdatang2 amek.. pastu leh pulak die kate tah mane die campak tesis aku tuh.. (=.=)!!! sungguh die ade bgtau aku suh jumpe lepas raye.. lepas cuti raye trus exam. aku jumpe dengan lecturer tu betol2 pas abes exam dan die xde cakap @ msg pon kat aku suh amek kat dlm pigeon hole die.. sebelom2 ni mmg amek dr tangan die pon.. then pas je die kasi balik draft aku tu, aku pon tanye bile tarikh last anta tessis, die cume ckp ngan aku nnt da siap anta kat die..
(sebenarnye aku da naik bengang dengan die..xpernah nye ckp baik2 ngan aku.. tak pasti dimane silapnye..)
hari rabu minggu yang same.. aku terus pack barang balik kampong dan keluar dr rumah sewa untuk selame2.. babai housemate umah no 37 jalan perahu layar.... then aku terima msg dr kawan yang 1 supervisor ngan aku, dlm msg tu ckp lecturer tu nak jumpe ari jumaat.. WTFish.. aritu cakap da siap baru kasi.. then aku xpergi pon meeting tu.. gilo ape baru je balik johor da nak patah balik shah alam.. (=.=) dan minggu2 seterusnye aku masih hampe dengan jawapan kawan2 tentang thesis.. lecturer aku tu xbgtau bile tarikh akhir antar thesis dan kawan2 dr lecturer lain semua da antar.. pelikkan? nape la dengan lecturer ni.. the end of d story aku menghantar full complete thesis jugak 3 minggu selepas aku berada di kampong halaman tp xjumpe pon lecturer tu.. 2x aku cari die..
dipendekkan cerita aku dpt tau siapa budak yang x hantar thesis xleh nak practical.. WThell.. aku pon call lecturer yang uruskan practical aku tu.. aku ckp ngan die supervisor aku xreply2 pon result thesis aku tu dan die xpnah angkat call aku..(agak2 la kalau xnak diganggu pon).. dan kali ni aku bergegas ke shah alam pas sehari berada di kluang (aku balik kampong lepas lecturer aku tu xdpt ditemui di ofisnye dan die langsung x balas msg, email dan call dr aku)... so aku cubela nak uruskan thesis aku tu sedri, hantar copy ke HOD, Dean dan supervisor.. pagi2 buta aku da naik ketapi, pastu smpai je kat shah alam trus aku g kolej dan menuju ke bilik lecturer.. tp kehampehan masih berlaku lecturer tu xde dlm bilik die.. dan ade sorg lecturer ni ckp die lepak kat bilik lecturer lain.. wahlao.. sungguh senang hidup..
sungguh kejam skali bile lecturer tu ckp ngan aku, thesis yang aku hantar die xterima.. die amek result dr draft yg aku hantar je.. (T_T) sampai hati ko lecturer.. aku separuh mati siapkan thesis tu.. bukan main2 punye... 30 juornal, 10 article ngan 10 buku aku rujuk... kalau cakap tu sikit x boleh blah la... da la kolej xde subscribe mane2 journal food science.. aku yang berkorban mase ni pergi U lain cari journal.. atleast sebelom2 ni jawab la panggilan telepon aku... sesen pon ko xyah bayar untu kcredit.. kenapa selame ni bile ade hal pasal meeting ko xpenah direct contact aku.. nape org lain dpt je msg tu.. bukan ramai pon student under ko yang betul2 ko kene concentrate.. 3 org je.. dan saat kawan2 lain dpt result A untuk final projek.. aku ni dpt B+ je.. org yang dengan supervisor lain tu cincai2 je buat dpt A-.. sewiyes.. sampai skrg aku masih buntu.. ape salah aku pada ko??? pernah ke aku skip class ko? aku bukan jenis kaki kipas.. aku berusha atas kaki sedri.. salah ke????? cume bgtau je aku bile tarikh dan masenye.. sehari pon aku xkan lewat sebab ni mase depan aku.. kalau betul aku yang bersalah kerana hantar lewat thesis tu bile ko da bgtau awal2 tarikh akhir thesis tu patut hantar, aku boleh terima.. tp aku berase aku ni insan yang teraniaya.. ambil la bahagian ko kelak kat akhirat.. tahniah kerana menjadi seorang pendidik..
kisah kedua berlaku minggu lepas...
ia berlaku saat aku mencari tempat berteduh dalam mase sehari dua sementara aku mencari rumah sewa lain sekitar tempat practical aku.. Melaka bandar yang pesat membangun.. kenapa aku pilih Melaka sedangkan tiade kawan, saudara mara mahupon bukan jua kampong halaman aku?? usah ditanye mengapa kerana ceritanye sangat panjang dan malang... aku xpasti nak classifikasikan ia sebagai ape... kepada orang ini pon aku buntu.. katenye boleh menumpangkan aku sementara aku mencari rumah berdekatan tempat practical tu malah hal tu aku bertanye 2 minggu sebelom practical.. sebelom2 tu ade jugak aku cari rumah sewa.. tp mengharapkan internet je xcukup.. iklan tampal2 tepi jalan pon da xde (sebab along pinjam wang punye kampen pembersihan) so memang sangat payah nak jumpe iklan rumah untuk disewa..jadi aku bergantung sepenuhnye kepada tunang aku untuk menghubungi kawan2 classnye dulu.. dan budak pompuan tu pon da setuju nak tumpangkan.. tapi.. ari ahad sehari sebelom practical.. (29 nov 09.. ketika dalam perjalanan menuju ke melaka, adib bgtau yang kawan die xboleh tumpangkan aku dan budak tu baru bgtau tghri mase adib dlm perjalanan ke rumah aku...) time tu aku xboleh nak pk ape2.. aku buntu!!!! kenapa baru skrg bgtau.. kenapa x 2 ari sebelom tu??? semua kawan2 aku call.. Melaka hari ahad mmg sesak.. apetah lagi musim cuti sekolah.. dalam sesak2 tu kami round seluruh pelosok taman.. berharap akan ade iklan rumah sewa.. mane nak cari rumah sewa on d spot??? cari sampai mlm xjumpe2 gak last2 adib suh tumpang rumah kawan die kat seremban...
T____T Big THANKZ to 1 malaysia house (jenna, nisa & shankri)
so 30 nov 09.. 1st day practical.. nak report duty ni datang dr seremban.. untuk mengelakkan jammed kat air keroh, kul 6.30 lagik aku da bertolak... huhu sungguh aku berdoa hope my whole day will be better than yesterday..sebaik staff kat Mahkota Medical Centre tu sume baik2.. dorang perkenalkan sorg budak yang leh tumpangkan rumah die sementara aku carik rumah.. actually balik je keje aku still mencari2 rumah.. dan semuanye hampeh jua.. last2 dalam pukul 8 lebih aku contact budak yang offer aku rumah.. (actually adib xkasik nak duduk rumah flat ni.. bahaya.. tp xde choice da).. time tu mmg da exhausted abes da.. kepala da xleh nak pk lain...
thx jugak pada kawan2 yang caring abes.. yang tolong carikkan rumah.. sian dorg pon kene kerah tenaga risaukan aku nak stay mane..(sian bakal mak ngan bapak mertua aku gak.. asik2 call tanye da dpt rumah belom)...
in d end aku dpt rumah yg murah dan best.. rm50 je sebulan dekat lak tu ngan tempat keje.. persekitaran xmcm yg dibayangkan.. rumah je name flat tp mcm apartment.. lagi besa dr apartment kat shah alam tu.. kawasan family.. senang cite mmg ok la.. setakat ni suasana mmg selamat.. xde org bujang melepak ke..housemate pon baik.. xberkira langsung (@_@)
so dat all for now... gile ah panjang.. mesti kebosanan membacenye.. nnt akan aku cube post cite short2 sket.. thx for spending time reading dis bored story hahaha..

Isnin, 12 Oktober 2009

aku,hidup, dan mereka..(part 1)

da lame aku x manulis.. mungkin sebab tahap kesibukkan aku menjadi-jadi sejak akhir2 ni
tapi aku da start cuti semester sejak ari sabtu minggu lepas lagi setelah paper terakhir dlm sejarah degree aku selesai
bertapa gembiranye aku usah cite sebab pas ni da xde exam lagi (untuk istilah degree)
macam la aku kompom lulus.. dah la 2 paper sem ni macam lahar sesangat susahnye..
aku strunggle nak mati time mid.
penat2 aku dpt A utk 2-2 subjek tu tp final die xnak susah nak mampos lak
**********
aku da pindah keluar dari rumah aku kat shah alam dek kerna tak tertahan ngan perangai bebudak rumah tu.. sebenarnye aku rase kitorang da rapat mase puase ritu.. leh berbuka same2 klu x kua pon masak same2 la..
satu hari jumaat ketika hujung2 puase aku pon bersedialah untuk memasak.. actually badan letih sangat sebab 2 hari sebelum tu budak2 rumah ajak berbuka bersame sultan selangor kat masjid PJ. aku pon lupe ape namenye masjid tu.. mknn memang ok byk sangat siap bungkus bawak balik lagi lauk kat masjid tu. tp kene food poison lak mlm tu sampai la keesokan arinye..tah ape yg silapnye tah.. walaupon kene food poison tp tetap puase.. so leh imagin la bagaimana penatnye aku ketika tu yg da kehilangan banyak air akibat diarhea..
berbalik ke cerita asal, time aku bersedia nak masak tu aku tengok nasik sahur banyak lagi.. so aku ckp la kat seorang akak ni (kak syifa) yang aku nak masak nasik goreng. die pon offer ayam die. so aku masak la untuk 6 orang makan @ lebey..memang banyak sangat la. (sebab aku biase tengok dan join budak2 rumah aku masak. kadang2 dorang masak untuk orang lain. dan aku slalu masak something tuk ramai2 makan) pas masak aku da exhausted. jam pon da kul 6.10 time tu and aku lom solat lagi. aku pon nak pesan kat kak syifa bahawa aku nak ke atas solat dan meninggalkan dapur yang berselerakkan.tp akak tu tgh tido kepenatan sebab diela org paling teruk kene food poison. niat aku bukan la xmo kemas dapur tu cume aku nak solat dulu. dan mase tu cume ade kami berdua je dirumah. roomate aku kua ngan mak die g bazar sek 13. pas solat aku masih melepak penat kat dlm bilik. relax2 dulu sebab kalau bangun pon nak pitam.. dlm kul 6.30 aku pon turun bawah. time tu aku tengok akak2 yang da balik dari keje sume siap2 nak keluar. aku pon bertanye kepada kak syifa yang turut bersiap2.
"nak keluar ke?"
"aa..kak emma ajak g buka kat masjid"
aku pon senyap. dlm hati da menyesal masak banyak padahal xde sape yang nak buka kat rumah. sedih gak la. kalau aku tau aku pesan je makanan kat roomate aku. xla letih sangat. aku berbuka bersame roomate aku dan seorang housemate lain. tp dorang da siap beli juadah masing2. pas siap berbuka aku kemas la dapur yang macam tongkang pecah tu.. memang berselerak sebab aku masak td sume xbasuh lagi =.=!!!! aku mengaku aku yang guna dapur tu seorang diri..
********
pagi nak bersahur aku kejut roomate aku.. time tu aku xtido lagi. aku cume sahur instant mee je. kalau ikutkan ati memang xnak makan pape. minum air je sudah. nasik goreng buka semalam aku xtau ape cite.. da xde..
dan kira2 dalam pukul 10 pagi adelah sorang akak ni (kak ina) ketuk pintu bilik aku.. time tu aku ngah practice nak present. so aku benarkan la die dtg mengganggu aku. yela stakat nak ckp pasal wet rumah ke ape ke aku xkesah. then die tanye aku semalam aku xkemas dapur ke? aku bagitau la aku and roomate aku siap buang sampah. lantai dapur tu siap mob ngan dinding dapur tu siap lap lagi. complete la aku kemaskan.xde pulak aku terfikir hal petang semalam tu. pastu kak ina tu amek kamera die tunjuk gamba dapur pada pukul 6.10 semalam.. aku gelak la. aku ckp tu dapur sebelum kemas. tapi aku ckp la ngan die aku nek atas g solat dulu. pastu die marah aku kat aku. die kate dapur tu pas guna kemas la. orang lain pon nak guna gak. mak aih panas tul ati aku. aku pon tibai balik la. aku ckp kat die. kalau nak gune xleh ke nak bgtau aku semalam suh kemas. aku bukannye malas sangat aku just nak solat dlu. lagipon semalam da lewat xde sape balik rumah lagi. biase orang yang slalu nak gune dapur tu balik pukul 4.30 petang. aku pon da tolong masakkan makanan berbuka untuk budak2 lain gak. then mase aku kua dari bilik xde sape lak cakap ngan aku suh kemas dapur sebab dorang nak gune dapur. sebelum2 ni penah ke aku tinggalkan dapur tanpa kemas? yang paling aku bengang nape lak hal semalam baru nak ckp arini. dan aku pon da kemas dapur tu.
kenapa orang yang nak gune dapur tu xtanye aku baik2 semalam suh aku kemas dapur kalu die nak gune dapur time tu. hoh mengarut tol. wat mood aku ilang lak. yang si kak ina ni macam xleh terima lak aku marah die balik. yela die tu da umo 30 tahun aku baru 23. so die pon ungkit la balik sume2 cite aku penah xtutup iron skali, lampu bilik air skali.. sekali je tiap 1 masalah tu.
adoihai orang tua ni memang gile. die nak buka la sume mende yg aku pnah buat nampak salah dimata die dan orang lain.. tapi pernah ke die tau yang aku slalu sapu sampah rumah setiap minggu tu padahal orang lain sentuh penyapu pon xpenah. penah ke die nampak aku buang sampah yang ade dlm rumah tu? penah ke die nampak aku tolong susun slipar? tegakkan rak kasut aku yang asik nak terbuka je (bukan dorang kesah sebab rak kasut tu bukan dorang punye.. dorang tolong letak kasut je).. xpenah sebab aku slalu menyapu @ buat mende2 tu time dorang x ade.. aku kan student dorang keje so dari pukul 8pagi ke 5petang tu dorang xde kat rumah.. aku lak takkan la nak wat keje tu sambil tangkap gamba sebab nak prove kat dorang yang aku wat keje. lagipon sume tu macam bende yang simple sangat.memang hari2 aku sapu sampah bilik aku.. so alang2 da menyapu aku sapu la satu rumah. bukannye susah sangat. pastu die ungkit lak sepanjang puase tu aku xde share duit barang tapi aku join makan skali. aku da pelik sebab dorg xde ckp ngan aku pon pasal share2 barang. lagipon kalau aku masak memang gune barang aku. da la penah minyak aku habes digunakan. hm...aku senyapkan jela kan ke bende tu xmahal mane. tp kenapa die ungkit hal makanan? bukankah memberi makanan berbuka kepada orang lain itu sedekah? kesian aku dengan dorang ni.. sampai macam ni skali dorang berkira. hilang segala respect aku terhadap warge2 rumah no37 jalan perahu layar XXXXXXXX.................................
*************
hm.. sebenarnye aku da lame xberkenan ngan perangai dorang ni.. kalau ade masalah (lagi2 budak baru yang timbulkan, terus je nak wat meeting. cakap memang berabuk. nak wat gontong royong la. apela. pastu sape xjoin kene bayar upah orang gontong royong. tp time gontong royong xnampak lak muke). aku yang skema ala2 ni xpenah lak skip gontong royong. sebab aku memang malas nak timbulkan masalah @ cari pasal ngan orang lain. nak potong rumput depan rumah pon berkira. padahal semua bekerja. ape sangat la kluar duit share 8 orang tiap2 bulan. bil letrik melambung nek smpai rm21.50 sebulan (bulan pertama aku menginap bersame 4 orang baru yang lain) buat meeting gak. mesti la tumpuan kepada aku yang buka laptop 24jam nih. dorang ckp sebelum ni rm9 je sebulan (yela sebelum ni 4 orang je duduk memang la rm9).. tapi pastu aku kurangkan la aktiviti ngadap laptop ni. biase lepak kfc ke mcd ke mamak ke bile nak on lame2 (sampai camtu skali). pastu kadang2 bende kecik pon nak ngadu (macam hal aku nih) padahal leh je setel semalamnye. nak jugak ngadu. haiz buat bengang ati aku ni aje.
so aku pon bulat tekad nak keluar gak dari rumah tu.. aku malas nak ngadap muke dorang lagi. walaupon orang yang menangkap gamba dapur ritu da minta maaf tp aku bukan seorang pemaaf. aku hanye seorang penyabar..biarla aku membawa diri tanpa menyusahkan orang lain. aku pon da tolong cari pengganti..
lagipon da abes study tinggal practical je. papehal aku memang tunggu result tempat practical mane aku akan dihantar. hidup memang xseperti yang kite inginkan. walau kite buat baik camne pon kat orang kalau orang da xsuke xleh gak nampak kebaikkan kite tu.