Khamis, 5 Ogos 2010

Pertama Kali Ramadhan...


__________________________________________


pertama kalinye ramadhan tahun ini aku menyambutnya dengan TITLE baru..


sebagai seorang ISTERI,

dan

TUTOR


yang masih tak berubah ialah aku masih sengkek seperti biase jugak..


seperti yang sedia maklum.. usia perkahwinan aku tak sampai pon 3 bulan. boleh kata pengantin baru jugak la...(asal aku rasa cam da 10 tahun je kahwin?? angan2 sebelom kahwin bahawa suami aku ni akan jadi romantik pas kahwin tak tercapai T___T bertabahan..) bile pengantin baru pastinya banyak pelaburan dibuat untuk membeli household rumah yang baru didiami jugak.. kewangan agak sesak lebih2 lagi bile aku baru gak start keje..


keje yang aku dapat ni jauh lak dari rumah sewa aku yang terletak di bukit chedang seremban tu.. da nasib aku dapat keje kat KL.. (orang slalu tanya apsal tak mintak keje kerajaan? sape kate aku x mintak keje kerajaan? bukannya isi borang arini minggu depan dapat keje.. graduan lain tu da berzaman mintak keje kerajaan pon x dapat2.. dari aku tunggu bulan jatuh keriba baiklah aku timba pengalaman dulu)


first interview aku sebagai undergraduan telah menempatkan position kerja aku sebagai seorang pensyarah/tutor di kolej swasta..

aku agak tergamam kerna waktu aku datang interview ritu ade 18 orang participants yang amek course power2 gak.. mostly graduan dari UM. Semestinya aku x meletakkan harapan untuk mendapat kerja ni. Tapi da rezeki Allah nak kasik.


kerna aku xde master dan pengalaman mengajar jadi basic gaji yang aku terima hanye berpatutan sebagai degree holder..(mahal gak la berbanding gaji tutor dan pensyarah yang U aku kasik kat degree holder walaupon hubby aku kata tak berpatutan dan gaji die lagi mahal.. aku terima seadanya.. apa2 pon pengalaman tetap penting untuk demand)


subjek yang aku ajar hanyalah A-Level Chemistry (yang membuatkan aku kene study bagai nak rak sebab soalan2 die datang dari Cambridge University dan bukan major course aku masa kat U) dan 2 subjek mudah untuk student diploma.


dek kerna merasa jauh dari rumah di seremban aku pon sewa bilik dekat area KL ni.. so meningkatla jumlah peruntukkan untuk menyewa T__T xleh nak dielakkan.. (ramai jugak orang yang sibuk bertanya.. kenapa x mengulang je? dalam hati aku menjawab: aku tidak setabah mereka yang berulang.. sanggup bersesak dalam KTM berdiri dari stesen Daya Bumi ke Seremban ataupon beratur selama sejam di stesen bas seremban dekat jalan Hang Tuah) aku sentiasa melalui waktu2 begitu ketika mahu pulang ke kl-seremban-kl ari jumaat dan ahad.. giler la mereka2 ini sungguh bertabah.. bape gaji yang dorang dapat keje ulang alik jauh2 rm4000? rm8000? rm10000? manakah solat maghrib mereka?


sebulan sebelom datangnya ramadhan ni pon kepala aku da sesak dengan pelbagai persoalan..

aku takut rumah aku akan diserbu oleh kawan2 aku mahupon kawan2 suamiku.. paling2 tidak pon kueh raya kene ade 2-3 jenis.. takkan lak aku nak bli kueh kat chowkit road 3 balang rm10 tu.. balik kampong mesti kene kasik duit raya kat adik2 aku yang ramai tu, anak2 sedara 2-2 belah family, mak ngan abah serta keluarga mentua (sebab da kerja.. takkan nak kedekut ngan family.. mereka bukan paham sangat pon aku ada duit ke xdok)


cuma harapan aku pada ramadhan kali ini semoga banyak amal yang dpt aku buat dan istiqamah dalam amalan2 baru yang mungkin aku selitkan selain solat terawih (misalnya tadarus @ solat sunat lain) hubby aku pon semangat nak jadi makmum solat terawih. cume apa yang aku dapat simpulkan. tak banyak masa yang aku dapat luangkan bersama suami tercinta. sian beliau, solat terawih disurau pon aku x pasti dapat join ke x. hari2 yang biasa ni pon aku xbape larat sangat.. yela opis tingkat 4, kelas lak merata tingkat.. x pastila cukup atau x tenaga aku nanti...


Rabu, 4 Ogos 2010

Bersalahkah Aku Kerna Menegur

______________________________________
ada seorang hamba Allah yang begitu aku kenali..
atau mungkin aku katakan aku belom cukup mengenali hati budinya..


ilmunya aku kagumi kerna die akan sentiase berada dipihak yang benar pada pendapatnya..

begitu juga pandangan die padaku.. "Degil, berlagak pandai dan ego" seringkali terpancul dari mulutnya untuk menggambarkan diriku.. aku akur kerna pada pendapat aku juga aku pasti otakku akan memilih yang terbaik dan yang benar mengikut pengetahuan aku tentang sesuatu (yang kadang kala membuatkan aku sendiri tertipu oleh fikiranku sendiri)


tapi salahkah aku untuk menegurnya dengan cara aku??

Ya aku bersalah.. die menyuruhku belajar cara nak menegur atau mengajak kepada kebaikkan dengan hikmah. silap cara tegur boleh buat orang yang sedang berusha jadi baik terus tinggalkan apa yang diusahakan..

aku tidak berbahasa kasar.. menegurnya cara baik tentang sikap sambil lewanya terhadap tuntutan agama solat 5 waktu.. tentang sikapnya yang mencintai dunia berlebih-lebihan sehingga mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri..

pernah aku membatalkan solatnya tatkala die megangkat takbir kerna pakaian yang dipakainya tidak bersesuaian..

benar:
Aurat LELAKI:
Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut
Aurat WANITA:
Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tanganLuar

Namun

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat…)” – [al-A'raaf 7:31]


Aku diherdik kerna perlakuan spontanku itu.. katanye makmum dalam jemaah sendiri ada adab menegur imamnya inikan pula aku yang sengaja membatalkan sembahyangnya dengan sebab pakaian sahaja..

aku terkesima seketika.. tindakkan aku spontan kerna aku terkejut dengan pakaiannya.. aku sangkakan die tahu code etika pakaian untuk mengadap TUHAN.. sedangkan die sendiri tahu code etika pakaian untuk pergi kerja mahupon mengadap Raja..


die membenci teguranku.. tapi padaku aku lakukan kerna aku tak mahu die bersikap sambil lewa terhadap Penciptanya..
salahkah aku?


pernah juga aku menegurnya kerna sikap acuh tak acuh dalam menunaikan solat.. aku katakan padanya mengapa penilaian dia dalam menunaikan solat itu sangat ringan..? bagaimana boleh menunaikan 4 rakaat dalam masa 2 minit? lantas dengan nada ego dia membalas padaku bahawa ustaznya pernah mengajar Thuma’ninah dalam semua amalan tempohnya ialah 1 bacaan "Subhanallah"

mungkin benar kata ustaznya..

cume aku terkedu dan keliru.. bagaimanakah orang ini boleh mempersembahkan sesuatu yang sebegini pada TUHANnya sedangkan apa yang telah diberi oleh Allah kepadanya tak ternilai harganya..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah (S.A.W) masuk mesjid lalu seseorang masuk dan melakukan shalat lalu ia datang memberi salam kepada Rasulullah (S.A.W). Rasulullah(S.A.W) menjawab salamnya dan bersabda: ‘Kembali! Ulangi shalatmu! Karena kamu belum shalat ! .. Orang itu melakukan lagi seperti shalatnya yg tadi lalu ia datang memberi salam kepada Rasulullah (S.A.W). Rasulullah (S.A.W) menjawab salamnya dan bersabda: ‘Kembali! Ulangi shalatmu!t Karena kamu belum shalat ! .. sampai ia melakukannya tiga kali lalu ia berkata: ‘Demi Dzat yg telah mengutusmu dgn kebenaran sebagai Nabi (S.A.W) saya tidak sanggup melakukan yg lbh baik dari ini maka ajarilah saya!’ Maka Nabi (S.A.W)bersabda kepadanya: ‘Jika kamu berdiri hendak melakukan shalat takbirlah baca apa yg mudah dari Al-Qur`an kemudian ruku’lah hingga kamu tenang dalam ruku’ lalu bangkit hingga kamu tegak berdiri sujudlah hingga kamu tenang dalam sujud bangkitlah hingga kamu tenang dalam duduk lalu lakukanlah hal itu pada semua shalatmu. {HR. Abu Dawud dan dishahihkan Al- Hakim}


lalu aku bertanya kepadanya terus.. die tahukah scheme mark untuk solat?? die menjawab bukan aku yang tentukan terima atau tidak dan berapa pahala untuk solatnye!!


YA memang benar bukan aku yang tentukan sheme mark untuk solat kerna aku juga hambaNya malah aku tahu solatku juga tidak pasti lagi diterima, kerna itu juga aku sentiasa cuba memperbaiki, memperbanyakkan dan menjaga solatku.. apa yang pasti bukan dengan hanya syarat sah dan rukun sembahyang sahaja untuk menunjukkan rasa bersyukur kita terhadap apa yang telah Allah kurniakan: pekerjaan, keluarga, keharmonian negara, kebebasan bergerak dan segala macam nikmat yang tak mungkin dapat ditulis semua dalam blog nih..



"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)" Al-Muzzammil



aku sangkakan aku menyukai die kerna kehidupan Dunianya.. Tapi itu tidak mungkin

aku sangkakan aku mencintai die kerna cintanya pada Penciptanya..tapi itu bukan juga..

Jumaat, 23 Julai 2010

Gratz for My Graduation

___________________________________________
Gratz for my graduation...





hahaha my graduation jz 1 day after my wedding *majlis bertandang* ke rumah pihak lelaki.. boleh imagine x cane kelam kabutnye aku.. thx pada kawan2 yang membantu aku.. norul hamni dan syazliana... dorg yang tulun aku uruskan segala2nye bkaitan konvo nih..


majlis kat rumah lelaki bjalan dengan amat lancar dan happening sgt.. kami melaluinya seperti pasangan pengantin lain.. (walaupon risau pasal konvo tp mmg 100% kene harapkan kat kawan2)


aku bgerak dari kluang pon pukul 1 pagi... tau jela baru je lepas majlis kahwin.. takkan la pengantin nak terus cabut.. hubby mmg da kene basuh periuk.. so die penat yang teramat.. tambah2 lagi kawan2 die datang awal sehari dr hari majlis.. so dorg g entertain diri dorg, g karoke & lepak sampai kul 4 pagi hari majlis tu... dapat tido 2 jam je.. aku pon xleh nak ckp ape sebab lecturer hubby aku pon ade dtg.. so serve ur right la..


mangsanya adalah aku sendri.. aku la yang drove sorg2 malam tu.. tiba di seremban lebih kurang pukul 3.30 pagi.. dek kerna ngantuk sangat kitorang benti tido kat rumah sewa kitorg.. pukul 5.30 da gerak g shah alam untuk amek jubah... tiba shah alam membe pon bagi jubah.. yang xbestnye jubah tu x digosokkan... (yela aku ni lemak tol.. da org tolong amekkan xkan la die nak tolong gosokkan jugak)

aku kelam kabut cari mane tempat nak iron jubah aku tu.. membe aku x bgtau suh bawak iron skali.. dalam perjalanan g PWTC tu aku call sume membe yg ade sekitar klang valley.. hampa skali ramai yang da g konvo.. rase nak menanges pon ade.. jubah tu mmg kene gosok jugak sebab nampak sangat renyuknye..


last2 my hubby call membe die.. tasya.. sebaik tasya ni x g keje lagi.. so die suh dtg umah die area setapak.. xbape jau ngan pwtc.. dan nasib jugak xsesat.. sebab kitorang ni x la master sgt jln2 kat KL ni... baju konvo tu mmg susah nak iron (no wonder my fren x tolong ironkan.. dekat sejam gak la iron baju)


so after dat bgegas la ke PWTC.. da terlambat jugak la.. kelam kabut dan mengantuk.. but everything jz goes OK..masih dpt diselamatkan la.. (for me la coz i'm soooooooo tired sejak 2 minggu lepas dan time ni).. dalam pale otak mmg nak settlekan sume.. asal ade..



yang bestnye.. 1 family aku dtg...walaupon dorg gerak dari kluang pas subuh..



sepanjang konvo tu aku ingat bole la tido.. tp tetap xboleh gak.. sampai abes majlis konvo tu aku berada dalam keadaan mengantuk dan lapa.. sewiyes xsempat nak mkn langsung walaupon mak metua aku ade bekalkan kek kawen kitorang tp kek tu basi pagi time nak mkn (bli yam kek.. walaupon sedap tp yam die tu da basi sebab die x wat jem.. pure yam)


sebenarnye banyak mende aku xtau.. sebab jumpe membe aku yang tolong amekkan jubah tu pon kat stesen minyak.. masa dalam dewan lak tahan ngantuk ngan lapa.. membe aku ingat aku tau pas abes konvo aku kene tangkap personal photo kat lua dewan.. aku lak terus blah g makan.. pas mkn family aku ajak g bukit tinggi... aku tau pasal kene tangkap gamba pon sebab membe aku call tanye mane aku sebab nak tangkap gamba ramai2..


(time tu keta aku baru je kua dr park pwtc..)


rugi gak sebab da bayar mahal untuk photo.. tapi aku tetap rase OK.. yang penting segala majlis besar dalam hidup aku da berlalu..








Khamis, 22 Julai 2010

Setelah Die Terima NIkahnye


Cinta Yang Disemai Selama 10 Tahun....
_______________________________________


secara rasmi dan sah aku menjadi miliknya pada 28 Mac 2010 jam 10.45 malam..



terlalu ramai yang bernikah sama hari dengan majlis nikah aku jadi keterlewatan waktu yang menhampiri tengah malam.. terima kasih kepada tetamu yang hadir.



imam terlalu penat dan mengantuk. Majlis nikah sangat ringkas, tiade ucapan dan modul keluarga sakinah. tiada juga air mata yg bertumpah.. ape yang ade kepenatan yg terpancar di wajah ahli keluarga.. sian sgt kat korg T___T
Majlis Resepsi Belah Perempuan pada 29 Mac 2010, Dewan Serbaguna Kg. Paya Kluang

Majlis Bertandang ke Rumah Pihak Lelaki pada 6 Jun 2010, Taman Sri Lambak Kluang

ada banyak lagi gamba yang separuhnye dalam video youtube disebelah --->

tapi yang penting da dpt update dalam ni (da lewat 2 bulan ni)..

nnt nak pos gamba2 aku ngan hubby g huneymoon lak..

thx pada kawan2 yg hadir.. pastinye aku xdpt nak layan dan ade setengahnye langsung xdpt jumpe sebab lewat sampai ke dewan.. pape pon thx byk2

Rabu, 21 Julai 2010

Hitler Adolf non-totalitarian leaders

__________________________________
*Nota ni aku copy dr kawan aku yg die juga mecopy dr kawannye dan mereka juga mecopy dr kawan2 mereka yang sampai kat aku xtau la ke berapa org yg copy ni.. tp aku rase empunya badan yang pertama da mengizinkan mende ini disebarkan.. semoga Allah memberkati beliau.


yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.

Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.


Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.


Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara

:1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran

(اقتربت الساعة وانشق القمر)

bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan

" Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Jumaat, 30 April 2010

Racist Yang Menjadi-jadi

perkara ni penah berlaku xlame dulu..

time tu kegilaan aku pada online game agak extreme dari skrg..
ape yang menjengkelkan aku masih support lagi game ni..
sebabnye game ni la yang membuatkan aku tahu ape nak buat bile laptop aku dibuka..

2 hari lepas agak-agak jam 12.30 pagi pas aku set kedai dlm game...

ade la beberape rakan game yg aku kenal berbual di world chat*

*world chat:semua player di seluruh dunia boleh bace ape yg ditulis di worldchat dan setiap post chat berharge 20sen*

rakan2 game aku ni berbual dalam bahasa melayu.. ade diantara mereka bukan melayu (cina)..

aku takde problem dengan mereka sebab mereka hanye bual2 kosong bergurau senda sesame mereka tanpa aku tau asal usul pokok pangkal ape yang mereka bualkan...
tapi Game Master (GM) yang menjaga server game ni ade problem.. tibe-tibe je die kuakan amaran pada rakan2 aku ni dengan ayat yang agak2 berbunyi begini



*player please retain your word in English*


rakan2 aku yg xpuas ati sebab ditegur tanpa ade sebab munasabah sengaja menganjing-anjingkan GM dengan ayat2 sindir.. dan bertambah ramai org yg join worldchat bile GM keluarkan amaran pertama.. sesiapa yang masih berbahasa melayu akan dimuted selama 3 hari...














dan malam tu ramai yang kene muted dan banned selama 3 hari


GM memang unfair

aku x paham

kenapa kitorang xboleh cakap melayu dalam game tu??

aku memang sangat jelas dengan MY-PW- Eng server adalah game yang menggunaka english sebagai bahasa perantaraan antara GM-Player dan Quest-Player.. tp kenapa GM xpenah sound player lain yang menggunakan bahasa cina, tagalog, poland dsb semasa chatting di Worldchat tapi muted malah telah banned player yang menggunakan bahasa Malaysia bile chat sedangkan GM sendiri adalah orang Malaysia dan server ni mmg server Malaysia..


dan x de masalah untuk orang yang sanggup bayar rm0.20 untuk cakap bende yang xmenimbulkan ape2 perselisihan faham...

suka hati dorang la nak berbual sebab dorang bayar untuk berbual..





ni pulak gamba yang aku dapat dari kawan aku server ko2.. (private PW)


lagi teruk.. sampai menghina Allah.. Nauzubillahiminzalik


*gamba kurang jelas.. nanti aku upload balik

Sabtu, 17 April 2010

Mengemas Yang X Kemas2

arini aku memang da plan nak mengemas dapur rumah aku.. dalam kepala otak da merangka macam2 design untuk menampak kan dapur aku yang sangat kemas tu menjadi lebih kemas..
dapur rumah aku xmacam dapur rumah orang lain.. sebab ruang dapur rumah aku tu agak besar telah menjadikan ia ruang untuk meletakkan 'junk'.. lgpon mcm2 ade kat dapur tu.. bukan stakat dining set je tp ade katil, set sofa 3+1+1+1 meja jepun untuk 10 orang duduk, almari baju, 2 kabinet pasang siap 1 kat dapur tgh 1 kat dapur blakang, 2 stove, 2 mesin basuh,tv, almari pingan dan bla bla bla bla.. jgn xpercaya sauna pon ade kat dapur umah aku tu.. bukan sauna kain tp sauna kayu yang besar tu =.=!!!!
aku naik pening pk mane nak letak sume barang2 tu.. boleh buat 1 lagi rumah kat sebelah rumah aku lengkap dengan perabot skali. gile betul... kalau ikut akak aku yang mengemas sure sume die campak kat tempat buang sampah.. tp sebaik abah aku da bgtau die nak sume brg tu untuk rumah yang die sewa untuk stokis baru die.. tp die ckp tu sebulan yang lepas.. smpai rini tetap xangkut2 barang2 tu...
(kalau ikutkan ati aku nak je sewakan lori untuk abah angkut barang2 tu.. tp kang kecik plak ati orang tua tu.. aku pon xpaham nape.. mungkin sebab die orang tua.. nanti aku da tua aku tau la kot perasaan tu)