__________________________________________
pertama kalinye ramadhan tahun ini aku menyambutnya dengan TITLE baru..
sebagai seorang ISTERI,
dan
TUTOR
yang masih tak berubah ialah aku masih sengkek seperti biase jugak..
seperti yang sedia maklum.. usia perkahwinan aku tak sampai pon 3 bulan. boleh kata pengantin baru jugak la...(asal aku rasa cam da 10 tahun je kahwin?? angan2 sebelom kahwin bahawa suami aku ni akan jadi romantik pas kahwin tak tercapai T___T bertabahan..) bile pengantin baru pastinya banyak pelaburan dibuat untuk membeli household rumah yang baru didiami jugak.. kewangan agak sesak lebih2 lagi bile aku baru gak start keje..
keje yang aku dapat ni jauh lak dari rumah sewa aku yang terletak di bukit chedang seremban tu.. da nasib aku dapat keje kat KL.. (orang slalu tanya apsal tak mintak keje kerajaan? sape kate aku x mintak keje kerajaan? bukannya isi borang arini minggu depan dapat keje.. graduan lain tu da berzaman mintak keje kerajaan pon x dapat2.. dari aku tunggu bulan jatuh keriba baiklah aku timba pengalaman dulu)
first interview aku sebagai undergraduan telah menempatkan position kerja aku sebagai seorang pensyarah/tutor di kolej swasta..
aku agak tergamam kerna waktu aku datang interview ritu ade 18 orang participants yang amek course power2 gak.. mostly graduan dari UM. Semestinya aku x meletakkan harapan untuk mendapat kerja ni. Tapi da rezeki Allah nak kasik.
kerna aku xde master dan pengalaman mengajar jadi basic gaji yang aku terima hanye berpatutan sebagai degree holder..(mahal gak la berbanding gaji tutor dan pensyarah yang U aku kasik kat degree holder walaupon hubby aku kata tak berpatutan dan gaji die lagi mahal.. aku terima seadanya.. apa2 pon pengalaman tetap penting untuk demand)
subjek yang aku ajar hanyalah A-Level Chemistry (yang membuatkan aku kene study bagai nak rak sebab soalan2 die datang dari Cambridge University dan bukan major course aku masa kat U) dan 2 subjek mudah untuk student diploma.
dek kerna merasa jauh dari rumah di seremban aku pon sewa bilik dekat area KL ni.. so meningkatla jumlah peruntukkan untuk menyewa T__T xleh nak dielakkan.. (ramai jugak orang yang sibuk bertanya.. kenapa x mengulang je? dalam hati aku menjawab: aku tidak setabah mereka yang berulang.. sanggup bersesak dalam KTM berdiri dari stesen Daya Bumi ke Seremban ataupon beratur selama sejam di stesen bas seremban dekat jalan Hang Tuah) aku sentiasa melalui waktu2 begitu ketika mahu pulang ke kl-seremban-kl ari jumaat dan ahad.. giler la mereka2 ini sungguh bertabah.. bape gaji yang dorang dapat keje ulang alik jauh2 rm4000? rm8000? rm10000? manakah solat maghrib mereka?
sebulan sebelom datangnya ramadhan ni pon kepala aku da sesak dengan pelbagai persoalan..
aku takut rumah aku akan diserbu oleh kawan2 aku mahupon kawan2 suamiku.. paling2 tidak pon kueh raya kene ade 2-3 jenis.. takkan lak aku nak bli kueh kat chowkit road 3 balang rm10 tu.. balik kampong mesti kene kasik duit raya kat adik2 aku yang ramai tu, anak2 sedara 2-2 belah family, mak ngan abah serta keluarga mentua (sebab da kerja.. takkan nak kedekut ngan family.. mereka bukan paham sangat pon aku ada duit ke xdok)
cuma harapan aku pada ramadhan kali ini semoga banyak amal yang dpt aku buat dan istiqamah dalam amalan2 baru yang mungkin aku selitkan selain solat terawih (misalnya tadarus @ solat sunat lain) hubby aku pon semangat nak jadi makmum solat terawih. cume apa yang aku dapat simpulkan. tak banyak masa yang aku dapat luangkan bersama suami tercinta. sian beliau, solat terawih disurau pon aku x pasti dapat join ke x. hari2 yang biasa ni pon aku xbape larat sangat.. yela opis tingkat 4, kelas lak merata tingkat.. x pastila cukup atau x tenaga aku nanti...
1 ulasan:
sabar la akak..
tu semua ujian ALLAH..
ALLAH takkan uji hambanya melampaui batas kemampuan hambanya itu...
ALLAH tau akan leh survive..
yang penting sentiasa jage diri, jage iman...jage hati...
insyaALLAH semua pasti mudah....
Catat Ulasan