This is DeezAnne Story
Other side story of my life. Life is short so appreciate it because it is extremely valueable..
Isnin, 27 Ogos 2012
Melepas Kerinduan Lalala~~
Khamis, 24 Mac 2011
Da Pikir Nak G Honeymoon Mana?
tetibe je teringat waktu aku g honeymoon dulu2.. tu pon sebab akak aku merungut die g honeymoon kat cherating xbole nak jalan2 sebab hujan sepanjang ari.. ok la tu.. pengantin mmg duk dalam bilik je... tapi dulu aku honeymoon kat Puteri Bayu Resort Pulau Pangkor.. pakej honeymoon die mmg best la.. x mahal pon.. aku rase sekarang ni pon pakej die masih same.. nanti aku google cari pakej die n letak kat sini (da macam promoter agen pelancongan pulak)
ada banyak jugak tempat2 menarik yang boleh korang lawat masa kat pulau pangkor tu.. untuk couple yang baru kawen tu sewa ja motor rm30 sehari kalau x silap, untuk makan jangan risau.. banyak kedai2 makan kat luar resort yang sedap2.. makan kat resort pon masih murah.. pada aku and hubby x rugi kitorang g pulau pangkor untuk honeymoon.. banyak jugak buah tangan yang boleh dibeli dengan harga yang murah amat huhu (betol2 promosi pulau pangkor ni) pas abes pantang aku n hubby bercadang nak g lagi pangkor or mungkin juga ke sabah.. tapi hope pada kawan2 yang pening x tau mane tempat best nak tuju untuk aniversary or honeymoon.. siwyes this one of d best place can i suggest... pulau indah pada harga berpatutan..
Sabtu, 19 Mac 2011
Gatal Tangan Tukar Template Blog
lagipon rase cam da lame je x tuka.. and terasa nak tuka ke 3 column punye
tp yang xbestnye xleh nak letak gamba kesayangan aku (previous header me n my hubby)
tapi yang bestnye leh sorok shoutbox and aku tukar cbox ke shoutbox.. hmm.. still kene blaja cane nak letak smiley yg comel2 ke shoutbox tu.. nnt aku surf lagi cara2 memberatkan lagik blog aku wakakakaka...
pas beberapa kali edit html and tambah gadget2 and widget2 yang aku suka stakat ni aku berpuas ati sket la ngan hasil kerja aku seharian ngadap pc..
so kengkawan jangan x jumpe carik lak shoutbox aku yg da kene sorok tu.. nnt x dpt aku nak balas kunjungan
Jumaat, 18 Mac 2011
Hujan Asid Kat Malaysia?
aku pon masih terpingga2.. memang la nak ujan tp ade sejam lg sebelom abes waktu pejabat.. mungkin hujan dlm stgh jam je ke sejam je ke..
so aku tanye balik "yela nape ngan hujan?"
hubby pon mcm fedup.. die jawab " tak tau ke sekarang tengah bahaya hujan acid?"
nak gelak pon ade... hehehe nape??
sebagai suri rumah mesti la aku xde pengetahuan pasal hujan acid kalau aku tak belajar dulu.. tapi sebelom menjadi suri rumah tangga sepenuh masa adalah aku seorang
hujan acid ni berlaku bile berlaku pemendapan berasid kat atmosphere. Contohnya, pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid.
Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin disamping mengalami perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid. dekat negara2 tropika cam malaysia ni hujan acid ni jarang berlaku sebab separuh dari jumlah asid termendap adalah bentuk jatuhan kering (udara yang kite sedut waktu panas tu).. pemendapan berasid ni terbahagi kepada 2:
1)mendapan basah (hujan asid)
2)mendapan kering (udara berasid waktu panas)
so nape takut sangat hujan sedangkan same je hujan ke tak hujan kalau ade asid termendap tetap membahayakan nyawa jugak??
sekarang di fukushima berlaku kebocoran sampai ke reaktor yang ke-4 memang da tahap bahaya yang memungkinkan kawasan tersebut tak mampu lagik diduduki oleh ape jenis makhluk pon termasuk tumbuh2an (aku akan buat entry kesan radiasi nuclear ni next time yang korang xleh nak bayangkan langsung bandar yang akan mati dan telah mati sebelom ni)..
tapi sebelom tu satu lagi aku nak bagitau.. malaysia ni ialah kawasan tropika, so halaju angin ni tak la laju mane, kemungkinan radiasi tu sampai ke malaysia adalah bergantung pada kuasa Allah S.W.T, hujan asid yang disebabkan oleh radiasi adalah mustahil tapi disebabkan pembakaran keseluruhan fukushima adalah mungkin.. so pikir2kan sendiri..
unleast ade pembakaran secara besar-besaran baru la adenye hujan acid ni.. kalau meletop, terbakar tapi lingkungan api yg sederhana dan pembakaran yg sekejap adalah mustahil untuk hujan asid tu berlaku di malaysia..
Rabu, 16 Mac 2011
dan sebenarnya...
Jumaat, 4 Mac 2011
Gatal Tangan Nak Letak Nuffnang
honestly xde sape bgtau aku dengan lebih lanjut pekebende nuffnang ni & setiap click tu bape sen yg kite dapat.. (agak2 aku sama cam youthsay gak kot).. anyway setelah agak lame berpikir2 aku pon gatal tangan nak letak nuffnang kat blog aku.. letak jela mane tau ade side income.. blog aku ni bukannye cantik sangat pon.. traffic pon xla jammed cam blog milosuam.. so ade sape2 yang bole beri tunjuk ajar dan penerangan tentang nuffnang adv ni? :tanya kepada diri sendiri: (mcm la ade org singgah kat blog ni untuk leave comment)
Jumaat, 18 Februari 2011
Resipi Ais Krim Mudah dan Sedap
so sebab aku takot x jumpe balik or terlupa aku penah terjumpe ngan resipi ni.. aku telah kidnap resipi yang telah disumbang oleh sayangsarah@myresipi.com untuk di abadikan dalam blog aku..
(aku kidnap ngan gamba skali sebab terliur tgk gamba die..)
Bahan-bahan ( 5 org pun bleh )
- 1 tin susu pekat (saya wat 1/2 tin jerr)
- 1 tin air suam
- 1 sudu makan ovalet
- 1 biji telur
- esen vanila
- perisa n pewarna yang anda suka
Cara-cara
- masuk semua dalam mixer @ blender dan putar sampai gebu,kembang n pekat likat
- pas leh warnakan @ apa saja ikut suka n simpan dalam esbok.
- selepas 3 jam dah leh makan.kalu nak lg best wat malam n sok pagi dah leh makan
- selamat mencuba......