Khamis, 5 Ogos 2010

Pertama Kali Ramadhan...


__________________________________________


pertama kalinye ramadhan tahun ini aku menyambutnya dengan TITLE baru..


sebagai seorang ISTERI,

dan

TUTOR


yang masih tak berubah ialah aku masih sengkek seperti biase jugak..


seperti yang sedia maklum.. usia perkahwinan aku tak sampai pon 3 bulan. boleh kata pengantin baru jugak la...(asal aku rasa cam da 10 tahun je kahwin?? angan2 sebelom kahwin bahawa suami aku ni akan jadi romantik pas kahwin tak tercapai T___T bertabahan..) bile pengantin baru pastinya banyak pelaburan dibuat untuk membeli household rumah yang baru didiami jugak.. kewangan agak sesak lebih2 lagi bile aku baru gak start keje..


keje yang aku dapat ni jauh lak dari rumah sewa aku yang terletak di bukit chedang seremban tu.. da nasib aku dapat keje kat KL.. (orang slalu tanya apsal tak mintak keje kerajaan? sape kate aku x mintak keje kerajaan? bukannya isi borang arini minggu depan dapat keje.. graduan lain tu da berzaman mintak keje kerajaan pon x dapat2.. dari aku tunggu bulan jatuh keriba baiklah aku timba pengalaman dulu)


first interview aku sebagai undergraduan telah menempatkan position kerja aku sebagai seorang pensyarah/tutor di kolej swasta..

aku agak tergamam kerna waktu aku datang interview ritu ade 18 orang participants yang amek course power2 gak.. mostly graduan dari UM. Semestinya aku x meletakkan harapan untuk mendapat kerja ni. Tapi da rezeki Allah nak kasik.


kerna aku xde master dan pengalaman mengajar jadi basic gaji yang aku terima hanye berpatutan sebagai degree holder..(mahal gak la berbanding gaji tutor dan pensyarah yang U aku kasik kat degree holder walaupon hubby aku kata tak berpatutan dan gaji die lagi mahal.. aku terima seadanya.. apa2 pon pengalaman tetap penting untuk demand)


subjek yang aku ajar hanyalah A-Level Chemistry (yang membuatkan aku kene study bagai nak rak sebab soalan2 die datang dari Cambridge University dan bukan major course aku masa kat U) dan 2 subjek mudah untuk student diploma.


dek kerna merasa jauh dari rumah di seremban aku pon sewa bilik dekat area KL ni.. so meningkatla jumlah peruntukkan untuk menyewa T__T xleh nak dielakkan.. (ramai jugak orang yang sibuk bertanya.. kenapa x mengulang je? dalam hati aku menjawab: aku tidak setabah mereka yang berulang.. sanggup bersesak dalam KTM berdiri dari stesen Daya Bumi ke Seremban ataupon beratur selama sejam di stesen bas seremban dekat jalan Hang Tuah) aku sentiasa melalui waktu2 begitu ketika mahu pulang ke kl-seremban-kl ari jumaat dan ahad.. giler la mereka2 ini sungguh bertabah.. bape gaji yang dorang dapat keje ulang alik jauh2 rm4000? rm8000? rm10000? manakah solat maghrib mereka?


sebulan sebelom datangnya ramadhan ni pon kepala aku da sesak dengan pelbagai persoalan..

aku takut rumah aku akan diserbu oleh kawan2 aku mahupon kawan2 suamiku.. paling2 tidak pon kueh raya kene ade 2-3 jenis.. takkan lak aku nak bli kueh kat chowkit road 3 balang rm10 tu.. balik kampong mesti kene kasik duit raya kat adik2 aku yang ramai tu, anak2 sedara 2-2 belah family, mak ngan abah serta keluarga mentua (sebab da kerja.. takkan nak kedekut ngan family.. mereka bukan paham sangat pon aku ada duit ke xdok)


cuma harapan aku pada ramadhan kali ini semoga banyak amal yang dpt aku buat dan istiqamah dalam amalan2 baru yang mungkin aku selitkan selain solat terawih (misalnya tadarus @ solat sunat lain) hubby aku pon semangat nak jadi makmum solat terawih. cume apa yang aku dapat simpulkan. tak banyak masa yang aku dapat luangkan bersama suami tercinta. sian beliau, solat terawih disurau pon aku x pasti dapat join ke x. hari2 yang biasa ni pon aku xbape larat sangat.. yela opis tingkat 4, kelas lak merata tingkat.. x pastila cukup atau x tenaga aku nanti...


Rabu, 4 Ogos 2010

Bersalahkah Aku Kerna Menegur

______________________________________
ada seorang hamba Allah yang begitu aku kenali..
atau mungkin aku katakan aku belom cukup mengenali hati budinya..


ilmunya aku kagumi kerna die akan sentiase berada dipihak yang benar pada pendapatnya..

begitu juga pandangan die padaku.. "Degil, berlagak pandai dan ego" seringkali terpancul dari mulutnya untuk menggambarkan diriku.. aku akur kerna pada pendapat aku juga aku pasti otakku akan memilih yang terbaik dan yang benar mengikut pengetahuan aku tentang sesuatu (yang kadang kala membuatkan aku sendiri tertipu oleh fikiranku sendiri)


tapi salahkah aku untuk menegurnya dengan cara aku??

Ya aku bersalah.. die menyuruhku belajar cara nak menegur atau mengajak kepada kebaikkan dengan hikmah. silap cara tegur boleh buat orang yang sedang berusha jadi baik terus tinggalkan apa yang diusahakan..

aku tidak berbahasa kasar.. menegurnya cara baik tentang sikap sambil lewanya terhadap tuntutan agama solat 5 waktu.. tentang sikapnya yang mencintai dunia berlebih-lebihan sehingga mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri..

pernah aku membatalkan solatnya tatkala die megangkat takbir kerna pakaian yang dipakainya tidak bersesuaian..

benar:
Aurat LELAKI:
Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut
Aurat WANITA:
Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tanganLuar

Namun

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat…)” – [al-A'raaf 7:31]


Aku diherdik kerna perlakuan spontanku itu.. katanye makmum dalam jemaah sendiri ada adab menegur imamnya inikan pula aku yang sengaja membatalkan sembahyangnya dengan sebab pakaian sahaja..

aku terkesima seketika.. tindakkan aku spontan kerna aku terkejut dengan pakaiannya.. aku sangkakan die tahu code etika pakaian untuk mengadap TUHAN.. sedangkan die sendiri tahu code etika pakaian untuk pergi kerja mahupon mengadap Raja..


die membenci teguranku.. tapi padaku aku lakukan kerna aku tak mahu die bersikap sambil lewa terhadap Penciptanya..
salahkah aku?


pernah juga aku menegurnya kerna sikap acuh tak acuh dalam menunaikan solat.. aku katakan padanya mengapa penilaian dia dalam menunaikan solat itu sangat ringan..? bagaimana boleh menunaikan 4 rakaat dalam masa 2 minit? lantas dengan nada ego dia membalas padaku bahawa ustaznya pernah mengajar Thuma’ninah dalam semua amalan tempohnya ialah 1 bacaan "Subhanallah"

mungkin benar kata ustaznya..

cume aku terkedu dan keliru.. bagaimanakah orang ini boleh mempersembahkan sesuatu yang sebegini pada TUHANnya sedangkan apa yang telah diberi oleh Allah kepadanya tak ternilai harganya..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah (S.A.W) masuk mesjid lalu seseorang masuk dan melakukan shalat lalu ia datang memberi salam kepada Rasulullah (S.A.W). Rasulullah(S.A.W) menjawab salamnya dan bersabda: ‘Kembali! Ulangi shalatmu! Karena kamu belum shalat ! .. Orang itu melakukan lagi seperti shalatnya yg tadi lalu ia datang memberi salam kepada Rasulullah (S.A.W). Rasulullah (S.A.W) menjawab salamnya dan bersabda: ‘Kembali! Ulangi shalatmu!t Karena kamu belum shalat ! .. sampai ia melakukannya tiga kali lalu ia berkata: ‘Demi Dzat yg telah mengutusmu dgn kebenaran sebagai Nabi (S.A.W) saya tidak sanggup melakukan yg lbh baik dari ini maka ajarilah saya!’ Maka Nabi (S.A.W)bersabda kepadanya: ‘Jika kamu berdiri hendak melakukan shalat takbirlah baca apa yg mudah dari Al-Qur`an kemudian ruku’lah hingga kamu tenang dalam ruku’ lalu bangkit hingga kamu tegak berdiri sujudlah hingga kamu tenang dalam sujud bangkitlah hingga kamu tenang dalam duduk lalu lakukanlah hal itu pada semua shalatmu. {HR. Abu Dawud dan dishahihkan Al- Hakim}


lalu aku bertanya kepadanya terus.. die tahukah scheme mark untuk solat?? die menjawab bukan aku yang tentukan terima atau tidak dan berapa pahala untuk solatnye!!


YA memang benar bukan aku yang tentukan sheme mark untuk solat kerna aku juga hambaNya malah aku tahu solatku juga tidak pasti lagi diterima, kerna itu juga aku sentiasa cuba memperbaiki, memperbanyakkan dan menjaga solatku.. apa yang pasti bukan dengan hanya syarat sah dan rukun sembahyang sahaja untuk menunjukkan rasa bersyukur kita terhadap apa yang telah Allah kurniakan: pekerjaan, keluarga, keharmonian negara, kebebasan bergerak dan segala macam nikmat yang tak mungkin dapat ditulis semua dalam blog nih..



"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)" Al-Muzzammil



aku sangkakan aku menyukai die kerna kehidupan Dunianya.. Tapi itu tidak mungkin

aku sangkakan aku mencintai die kerna cintanya pada Penciptanya..tapi itu bukan juga..