Jumaat, 30 April 2010

Racist Yang Menjadi-jadi

perkara ni penah berlaku xlame dulu..

time tu kegilaan aku pada online game agak extreme dari skrg..
ape yang menjengkelkan aku masih support lagi game ni..
sebabnye game ni la yang membuatkan aku tahu ape nak buat bile laptop aku dibuka..

2 hari lepas agak-agak jam 12.30 pagi pas aku set kedai dlm game...

ade la beberape rakan game yg aku kenal berbual di world chat*

*world chat:semua player di seluruh dunia boleh bace ape yg ditulis di worldchat dan setiap post chat berharge 20sen*

rakan2 game aku ni berbual dalam bahasa melayu.. ade diantara mereka bukan melayu (cina)..

aku takde problem dengan mereka sebab mereka hanye bual2 kosong bergurau senda sesame mereka tanpa aku tau asal usul pokok pangkal ape yang mereka bualkan...
tapi Game Master (GM) yang menjaga server game ni ade problem.. tibe-tibe je die kuakan amaran pada rakan2 aku ni dengan ayat yang agak2 berbunyi begini



*player please retain your word in English*


rakan2 aku yg xpuas ati sebab ditegur tanpa ade sebab munasabah sengaja menganjing-anjingkan GM dengan ayat2 sindir.. dan bertambah ramai org yg join worldchat bile GM keluarkan amaran pertama.. sesiapa yang masih berbahasa melayu akan dimuted selama 3 hari...














dan malam tu ramai yang kene muted dan banned selama 3 hari


GM memang unfair

aku x paham

kenapa kitorang xboleh cakap melayu dalam game tu??

aku memang sangat jelas dengan MY-PW- Eng server adalah game yang menggunaka english sebagai bahasa perantaraan antara GM-Player dan Quest-Player.. tp kenapa GM xpenah sound player lain yang menggunakan bahasa cina, tagalog, poland dsb semasa chatting di Worldchat tapi muted malah telah banned player yang menggunakan bahasa Malaysia bile chat sedangkan GM sendiri adalah orang Malaysia dan server ni mmg server Malaysia..


dan x de masalah untuk orang yang sanggup bayar rm0.20 untuk cakap bende yang xmenimbulkan ape2 perselisihan faham...

suka hati dorang la nak berbual sebab dorang bayar untuk berbual..





ni pulak gamba yang aku dapat dari kawan aku server ko2.. (private PW)


lagi teruk.. sampai menghina Allah.. Nauzubillahiminzalik


*gamba kurang jelas.. nanti aku upload balik

Sabtu, 17 April 2010

Mengemas Yang X Kemas2

arini aku memang da plan nak mengemas dapur rumah aku.. dalam kepala otak da merangka macam2 design untuk menampak kan dapur aku yang sangat kemas tu menjadi lebih kemas..
dapur rumah aku xmacam dapur rumah orang lain.. sebab ruang dapur rumah aku tu agak besar telah menjadikan ia ruang untuk meletakkan 'junk'.. lgpon mcm2 ade kat dapur tu.. bukan stakat dining set je tp ade katil, set sofa 3+1+1+1 meja jepun untuk 10 orang duduk, almari baju, 2 kabinet pasang siap 1 kat dapur tgh 1 kat dapur blakang, 2 stove, 2 mesin basuh,tv, almari pingan dan bla bla bla bla.. jgn xpercaya sauna pon ade kat dapur umah aku tu.. bukan sauna kain tp sauna kayu yang besar tu =.=!!!!
aku naik pening pk mane nak letak sume barang2 tu.. boleh buat 1 lagi rumah kat sebelah rumah aku lengkap dengan perabot skali. gile betul... kalau ikut akak aku yang mengemas sure sume die campak kat tempat buang sampah.. tp sebaik abah aku da bgtau die nak sume brg tu untuk rumah yang die sewa untuk stokis baru die.. tp die ckp tu sebulan yang lepas.. smpai rini tetap xangkut2 barang2 tu...
(kalau ikutkan ati aku nak je sewakan lori untuk abah angkut barang2 tu.. tp kang kecik plak ati orang tua tu.. aku pon xpaham nape.. mungkin sebab die orang tua.. nanti aku da tua aku tau la kot perasaan tu)

Jumaat, 16 April 2010

Wall Sticker Toilet


mase aku jln2 kat kluang mall ngan fara aku da terjumpe ngan wall sticker yg comel2..
aku pon try membelinye seminggu kemudian (sebab time aku g ngan fara tu stok yang aku nak xde lg.. so tuan kedai suruh dtg minggu depan)
sebab aku xla pandai sangat decor rumah ngan wall sticker jadik aku pon try kat toilet dulu..
dan
aku da menyiapkan sticker paper untuk bilik air rumah aku~~.. ni la hasilnye
(aku tangkap dinding sebelah je)
beskal tu cam da silap sket la tapi tetap nampak cantik dimata aku wahaha..
pasni aku nak try kat bilik tido lak..

Sabtu, 10 April 2010

Apa Remaja Kate???


"Nokia is looking for 12 dynamic individuals to battle it out for internships at four high-profile companies. Armed with just a Nokia E72 , Nokia Messaging and their wits, contestants will take on a series of challenges. Of the final four contestants, the ultimate champion will be crowned The Rookie and win a RM10,000 cash prize. If you think you’ve got what it takes to be The Rookie, seize this opportunity and prove it".


Kepada member-member Youthsays yang belum join kempen ni lagi jom la kita beramai-ramai join..Kepada yang belum menjadi ahli Youthsays dan berminat untuk join the club boleh click sini yang penting umur mestilah 13-35 tahun. Membership is FREE & currently open to youths from Malaysia, Vietnam, Indonesia, Philippines and Singapore


to all frenz yang da join youthsays.. leh la support sini dan leave url korang.. nanti aku tolong support korang balik :-)

Jumaat, 9 April 2010

Katalog dan Aku...

petang tadi aku menelek-nelek la kataloq senQ yg baru je tghari td dihantar posmen..
dapat voucer banyak sangat2.. rm1500, rm750, rm500x2 rm50x2...
memang excited sangat.. dalam kepala da merangka macam2 nak bli.. tp impossible sebab voucer tu hanye available untuk certain item je....
untuk menggunakan voucer rm1500 aku perlu membeli T____T tv samsung 52" dengan harga rm13999
oh dem!!! aku tertipu
kalau ikutkan hati nak je aku maki senheng tu huahuahua....
membeli barang x semudah shopping di YoVille facebook dimana duitnye aku farm ari2 sampai banyak.. untuk membeli perabot2 menghiasi rumah idaman..
dengan hanye click pada barang yang aku suke, letakkan di tempat yang bersesuaian dan tekan "yes"...
dan aku bersengkang mata decorate rumah tu, tapi sedikit pun aku tak kisah,sebab aku bahagia idup dalam fantasi...


realitinye x begitu mudah.... aku hanye dapat memasang angan2 untuk membeli perkakas dapur, set pingan mangkuk, set bilik tido dan beberapa keperluan asas lain yang nampak mengiurkan di dalam katalog..


papepon sejak dari dulu aku belajar untuk tidak mengharapkan orang lain... nak pape usaha sendiri.. so bile aku da keje nanti aku akan beli Honda Civic baru tu (oh sungguh berangan sekali)

Because He's Man

Because He's Man

jarang perempuan mempersoalkan tentang lelaki..lagi2 bile bercakap mengenai hati dan perasaan insan yang bername lelaki.. sebab kebanyakkan lelaki tu sendiri dengan egonye xnak mengaku perasaan yang bermain kat fikiran dorang. jadi kebanyakkan lelaki akan pendam @ sengaja xnak menunjukkan sikap dorang secara langsung depan perempuan yang dorang suka..


dan ramai pulak pompuan tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. sebab tu dorang kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku. (so ape nak buat sendiri merajuk sendiri pujuk la)


ape yang kite sebagai pompuan ni perlu tahu tentang lelaki??


  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). kadang2 kite sendiri xperasan baju ape yang kite pakai keluar same2 minggu lepas (dorang boleh ingat pulak!! oh dem.. jatuh saham~~)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. (xperlulah nak makeup tebal2 sangat kalau jumpe.. pakaian xsemestinye seksi.. cume ala kadar, simple dan kemas.. cari la persamaan dalam diri seorang lelaki tu.. nescaya banyak mende yang korang dpt kongsi)

  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. (lagipon pompuan ni die suke sangat bercakap sebaliknye.. bile lelaki nak belikan barang yang kite suke dan harganye mahal kite akan cakap "xpela sy x suka pon mende tu sangat".. padahal dalam hati kate laen)..
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. (lelaki x suke bile ditengking @ diherdik... sape2 pon x suke.. jadi bile nak menolak ajakkan lelaki ni kene la berhemah.. nyatakan alasan yang logik dan munasabah.. tp kalau selalu menolak tu buatkan ego lelaki tercabar)
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. (jangan cube2 bandingkan lelaki ni dengan lelaki lain.. lelaki akan cube sedaya upaya menunjukkan gentlemen dorang pd kite.. cume kadang2 pompuan mmg xrase "kegentlemen" tu.. mungkin x cukup gentlemen @ lelaki mmg xreti nak menzahirkan kelakian dorang secara terbuka.. (tiade kene mengena cite atas katil)
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. (biase la perkara camni.. tp kite sebagai pompuan kene relax je as long as dorang cuci mate & x lebey2. sebab xsemua pompuan ade body 36 26 36...lagipon mmg pompuan baywatch tu nak belanja para lelaki nih.. pompuan pon leh cuci mata ngan menonton drama korean yang lelakinye xbleh blah tahap kehenseman terlampau T____T Lee Min Ho.. i fall in love with u 26x)


  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama! (walaupon nampak cam cool dan gentlemen tp ati dorang berdebar2 cam boom nak meletop lg2 bile tunggu jawapan dari perempuan tu)


  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


  • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. (so paham2 la kalau die da ckp mcm tu)


  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. (tapi lelaki ni mmg xramai yang "direct to the point" nye membahagiakan hati wanita.. dorang lebih kepada mengutuk )
  • Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!


  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. (same je pompuan pon nek jelek bile dengar name pompuan laen je yg slalu meniti dibibir lelaki)

  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.


  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:) (tapi perempuan manakah yang sanggup berdamping ngan playboy dengan perasaan setia?? arini mungkin die dengan kite sok luse ngan pompuan laen plak.. lgpon kite x tau yang istimewa tu kite ke pompuan laen)

  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (oh dem!! ini da berpihak kepada lelaki~~ tp kadang2 lelaki mmg sengaja melihat dada pompuan dengan pandangan bernafsu.. nasib la kepada yang mmg suke belanja lelaki free show ni)

  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. (so lihat saje pd penampilan mereka yang putus cinta ni.. nak tahu dorang sedih fizikalnye berubah samada makin kurus @ makin gemok)

  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d (biasenye walaupon lelaki x menzahirkan perbuatannye secara terang2 tapi chemistry feeling dorang tu biasenye dapat dihidu melalui pandangan mata, cara percakapan mahupon perbuatan dorang bile bersame kite)
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (sooo weak dan x gentle!!!)
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. (tapi kalau asik nanges je pon xjadi jugak.. sikit2 hal pon menanges air mata jadi x laku)

So ingat la.. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Khamis, 8 April 2010

Lunar & Aurora in Human Life

tetibe aku menjadi rajin nak berbloger.. yela walaupon selame ni banyak mase lapang aku terhabis begitu saje dengan membace komik dari mengupdate blog aku tp arini aku cube menjadi blogger dan blog walker lak..


da puas melawat blog2 org lain disamping follow blog yang aku rase mcm best aku terjumpe artikel yg menarik yg sedikit sebanyak membantu aku untuk fix lifestyle aku yg hampeh nih.. so aku nak kongsi dengan kawan2 (mahupon blog walker yg rajin berjalan tu)..

terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kat http://afexq.blogspot.com/2010/03/rahsia-solat-awal-waktu.html

mende ni 100% aku copy dr blogger tu.. cume tambah gamba supaya cantik sket.. xde niat nak mencuri hasil keje org lain cume nak berkongsi je..


Waktu Subuh




Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Waktu Zuhur



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak




Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


so harap info ni berguna untuk diri aku dan orang lain lalala~~


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Aku dan Online Game

siape diri aku sekarang?

hmm.. tak tahu la. "cuti panjang" aka menanam anggur ni membuatkan ari2 yang berlalu same je.. sebelom2 ni ade byk gak tawaran keje yg aku tolak.. mane x nye baru je abes blaja 2 minggu da ade org panggil interview (i.v)..

dan aku masih menolak kebanyakkan tawaran keje yang dtg sehingga hari ini... penah satu ari tu time aku drive nak balik kampong member aku call.. suh dtg interview jd lecturer chemistry untuk student A-Level. dek kerna urgent yg die kate aku terima je.. x dpt pk panjang... tp aku xtendkan date utk i.v tu.. (sebenarnye memberi mase untuk aku membuat preparation dan memikirkan job tersebut.. tetibe lak nak ngajar mende yg bukan major aku sure la byk preparation) in d end aku tetap tolak =.=!!!


sebenarnye aku xpasti ape yang akan berlaku bile aku start keje nnt.. yela tarikh perkahwinan aku xjau je lg.. banyak mende xsetel.. xkan la baru je keje 2 minggu da nak minta cuti.. pastu cuti dan cuti lagi..so aku stop thinkin about seeking any job dlm mase terdekat ni.. aku tau ade rezeki yang Allah reserved untuk aku.. kalau x skrg mungkin sok luse (lgpon ramai yg menghalang aku nak keje walaupon cakap sukati aku la nak macam mane)



bile da duk umah saje ni aku xtau nak buat ape.. memandangkan duit pon xde jd rutin harian aku pon jd terhad.. dan aku jd cepat lapa.. aku pon xpasti kenapa tp aku masih kurus jugak.. nak mengemas rumah (ade keinginan tp xcukup kuat).. last2 aku kembali ke rutin idup zaman student dlu.. aku tido lambat dan bangun lambat (cam xcaye je aku nak kawen!!!) aku pon xtau cane nak buat aku masih lg tido pas subuh (sebab mind aku da set camtu).. walaupon aku anta adek aku g skul tp balik umah aku kompom tido jugak.. (sape nak bg motivasi kat aku ni?aku xde komitmen jd aku xleh nak kasi komitmen) rutin idup da jd flat...kadang2 malu gak kat mak aku~~ tp malu tu tetap xmengubah rutin idup aku nih..


dan akhirnye aku kembali ke hobi lame...... ONLINE GAME!!!

sebenarnye sebelom2 ni bile aku on game tu aku da xde hati nak main.. tetibe je minat tu kembali.. lg2 lepas aku jual furious boot yg berharge hampir rm1000... (dpt jual dlm rm600 je sebab market da turun).. so sebab duit dlm game da banyak xpayah nak topup2 dan harap2 aku xkan topup langsung untuk game tuh lg (walaupon xsegile org lain yang spend lebih rm70 000 tp aku da spend dekat rm2500 gak untuk game tu T___T)...

(kenapa aku masih kembali ke game tu walaupon da quit dan ramai yg da quit??).. aku rase tu la life aku.. walaupon aku menghabiskan mase dengan komik2, tv, last2 aku tetap kembali ke online game gak.. sebab bile dlm game aku ade kwn2 yg spend mase bersame2.. walaupon aku bukan sesiape tp orang masih cari aku nak penuhkan team farm duit... dan dek kerna aku xnak topup lg terpaksa la aku cari duit dlm game... tp sebab online game ni aku da xlapa lg... bile x lapa aku bole puase.. jd mudah aku ganti puase2 aku yg tertangguh tu..


aku xtau la online game ni bahana atau hobi.. pape pon aku tetap x menjadi extremist online game.. aku masih ade realife walaupon rutin idup aku flat.. cume skrg aku kene fix rutin idup aku supaya sejajar dengan kehidupan sebenar... reality tetap reality.. yang fana tu hanye sementara.. lagipon mungkin cubizone akan jatuh bankrup xlame lagi sebab asik tambah koleksi junk online game yg x membawa keuntungan..dan Perfect World mungkin hanye tinggal sejarah je...







Set Fash ni je da abes Rm50 T____T aku xkan tuka fash lg