Ahad, 9 Ogos 2009

Grey Sky Saturday (part 1)

laluan hidup hari ini aku jangka agak sukar.. memikirkan saje kejadian xbole tido malam td.. aku pon keheranan bagaimane caranye untuk aku melelapkan mate.. bukan sahaja aku telah telan ubat aczema tu yang dicatatkan membawa kesan mengantuk.. dan aku amat arif skali dengan kesan ubat tersebut yang sememangnye berkesan membawa aku ke alam mimpi kurang dari setengah jam.. tetapi malam td.. setelah otakku yang diisi padat dengan ilmu2 dari subject food service strategic management menjadi jammed.. aku keresahan kerana aku memang xpasti aku mampu menjawab paper itu hari ini @ x.. kemampuan otak aku untuk mengaplikasi segala bentuk menerimaan ilmu telah mencapai limit sedangkan aku belum master lagi untuk menyampaikan segala yang berada dalam kesemua bab dalam bentuk tulisan.. otakku x mampu mengingat setiap bait2 bahasa asing yang dah 6 tahun menemani aku sepanjang seisi pembelajaran aku.. tetapi aku masih belum mahir untuk mengingati perkataan asing itu.. kadang2 ayat itu hilang tanpa aku temui dalam otakku dan gagal aku pamerkan dalam kotak ingatan sehingga aku rujuk kembali pada buku ape ayat yang hilang itu.. dan sehingga malam td.. bukan sahaja aku x dapat habeskan study.. melihat buku saje membuatkan tekakku mual.. otakku terlalu padat kerana last minute study punye penangan.. (padan muke aku)..
dek kerana kepala otakku terlalu sendat.. aku hampir2 dilanda migrain.. tetapi syukur masih mampu aku tangani.. aku cube melelapkan mata.. pukul 10, aku cube guling2 cari port yang terbaik untuk melelapkan mata.. aku lihat jam kembali 10.45 malam.. tetapi otakku masih ligat berpikir padahal ia da 'kepenatan'.. aku pon mencapai nota kaki (tipu~~ aku malas nak wat footnote nih.. biase fotostet dr kak ct je sebab footnote die cantek~~) er.. maksud aku nota lecturer.. kenape tah aku macam tiade semangat untuk menjadi rajin.. paper tu masih putih, tiade highlight mungkin cume ade nota pendek di setiap kaki beberapa helai paper untuk memudahkan aku berpikir cara aku (tu la sebab aku malas wat note kat kertas lain).. aku cube memadat-sendatkan lagi otak aku nih.. aku harap ia masih mampu kerana aku xcukup mase da.. aku membelek2 kesemua paper.. aku rase macam da ade semua tu dlm kepala.. mungkin kerana terlalu penat otak aku da xmampu nak meyakinkan aku yang aku sebenarnye xperlu risau.. aku set alarm jam 3.30 pg, 5.00 pg, dan 7.30 pg.. byknye alarm.. tu sume untuk persediaan saat akhir.. aku jugak msg kawan2 aku supaya kejutkan aku sok pagi..(risau gile sebab 2-3 arini asik bangun lewat je)..
aku masih cube melelapkan mata.. 11.30 mlm sudah.. aku guling ke kiri.. kanan susun semua bantal pada posisi paling selesa sekali..dan mataku hampir terlelap tetapi tiba2 1 misscall yg membuatkan aku tersentak.. (kuang hajau sape kaco daun aku nak tido ni -->014-5957682 sape tah punye numbor) aku lihat jam kembali 12.15.. aku capai telefon.. dail nombor telefon fianceku.. aku harap dengan mendengar suaranye dapat membuatkan aku terlena.. perbualan yang singkat tp penuh kasih sayang (aku bahagia).. tp sejam berlalu aku masih xmampu melelapkan mata.. (oh tidak!! wahai mata tidurla kamu) aku kembali mencapai telefon.. kepada siape lagi tempat aku mengadu.. aku kebingungan.. kenapa bile aku betul2 nak tido xbole tido???? aku pon kurang pasti pukul berapa akhirnye mata aku terlelap.. hampir pukul 2 juga..
aku bangun jam 4 pg setelah 5 kali nsetku menjerit hiba~~.. untuk mengelakkan aku kembali tido, aku cuci muke dan gosok gigi dan aku perlu memastikan aku bersedia untuk mengambil exam arini.. setelah habes study (agak2 macam da pasrah) aku pon kembali menyulam mimpi pukul 6 pagi..dan jam 7.20 pagi bertubi2 msg ringtone berbunyi.. sungguh aku berterima kasih kepada mu kawan2 (thx to kak ct and azie) tapi aku tidak terus bangun.. (nak jugak tunggu alarm nset bunyi).. setelah mandi aku bersiap2 dan trus ke kolej jam 8 pagi.. (gile awal, exam kul 9.. kalau la kelas aku start kul 9 dan aku datang seawal ini memang gile kentang la aku)
suasana pagi di kolej agak sunyi walaupon pelajar2 mule bertebaran dengan urusan masing2..(ujung minggu la katakan) kebanyakan student da pakai mask (trend dari kedatangan selsema babi) aku je yang x update trend ni lg walaupon fianceku keje kat spital.. da banyak kali mintak tp smpai saat aku menulis ni pon aku xde lagi mask.. saat aku memsuki dewan exam dengan berbaju kebaya ungu.. aku xlepas2 berdoa semoga aku mampu mengeluarkan segala ape yg telah aku study di atas paper exam dengan cemerlangnye.. 2 jam selepas itu exam pon berakhir.. yahoo!!!! (xtau la nak kate bole ke x.. 75% dalam tangan kot)
aku melangkah dengan laju untuk pulang ke rumah.. jam pukul 11.. dalam perjalanan aku call fianceku.. die da bangun dan baru pulang menghantar saudara nazren@ayen ke mane tah(terminal kot).. aku terus menuju ke kereta dan perlu segera ke seremban bertemu kekasih hati.. sebenarnye aku agak gementar.. aku akan diperkenalkan sebagai tunang kepada saudara adib kepada kawan2 kerja fianceku..kami akan ke majlis kenduri kahwin rakan sekerja fianceku (penampilan kene jaga..1st impression org lain ni aku memang x gemar).. aku tiba di seremban jam 12.15 tghari.. perut memang lapa gile sebab xmakan ape2 dari pg..
smpai sini dlu.. nanti aku smbung balik part 2

1 ulasan:

idap berkata...

teruja org department saya nak tgk awak... huhuhu